Sunday, October 11, 2009

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pelajar 2009
















Satu Kursus Pengurusan dan Kepimpinan anjuran bersama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah berjaya dijalankan di Lake Resort, Ayer Keroh pada 10 hingga 11 Oktober 2009 yang lalu. Seramai 224 pelajar terdiri dari pemimpin badan-badan di bawah Unit HEM iaitu Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADRI), Majlis Rumah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Koperasi Sekolah (KOSMOZ) serta Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Permainan menghadiri kursus ini. Berikut adalah tentatif program kursus tersebut :

10 Oktober 2009

7.00 pagi : Pelajar mula bertolak dari sekolah ke Lake Resort
7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran dan serahan fail kursus
8.00 - 10.00 pagi : Sesi taklimat dan house keeping
10.30 - 12.30 tgh : Program Ice Breaking

2.00 - 3.15 petang : Proses Penubuhan Kelab / Persatuan ;
Perlembagaan Kelab / Persatuan oleh Pn Hamidah bt Hassan
3.15 - 4.30 petang : Peranan & Tanggungjawab AJK ;
Pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat oleh En. Azaman b. Abdul

5.30 - 6.30 petang : Riadah

8.00 - 9.15 malam : Pengurusan Fail & Surat Menyurat ;
Penyediaan Kertas Kerja / Projek oleh Cik Norazlina bt Senin
9.15 - 10.30 malam : Pengurusan Kewangan dan Penyediaan Laporan oleh En. Johan b. Othman


11 Oktober 2009

8.00 - 9.00 pagi : Rumusan dan penilaian kursus

9.00 pagi : Majlis Perasmian Penutup ~

Motivasi Kepimpinan oleh Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(ex-Mozac 1980-1984)

Ucapan Tuan Pengetua - En Baharuddin b. Burhan

Ucapan Perasmian Penutup oleh Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan & Pembangunan, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia)

Penyampaian cenderamata kepada Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(Sekalung penghargaan untuk beliau kerana sudi meluangkan masa
bersama pelajar)

Pihak sekolah mengharapkan semua pelajar yang berpeluang menyertai kursus ini telah mendapat input dan faedah yang maksima untuk dijadikan asas dan panduan dalam menerajui unit masing-masing pada 2010 nanti.

Pihak Unit HEM dan Unit Kokurikulum juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan barisan Pentadbir atas sokongan yang diberi. Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus-lumus berusaha dalam menjayakan program ini sepanjang 2 hari 1 malam program ini berlangsung. Penghargaan juga atas bantuan pihak Alumni MOZAC dalam membantu menjayakan kursus ini.

Terima kasih daun keladi.

No comments: