Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan sepanjang hayat.


Usman Awang

Wednesday, April 14, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah


Seawal jam 7 pagi, semua ahli pasukan rumah sukan telah menyiapkan diri untuk acara Sukan Tahunan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk pasukan-pasukan rumah sukan diiringi pasukan pancaragam sekolah. Semua pasukan telah menunjukkan semangat setiakawan dan berpasukan yang baik dengan tema masing - masing. Acara diteruskan dengan pertandingan sorak rumah. Ternyata anak - anak didik MOZAC berbakat kerana mereka telah menunjukkan sorakan dan formasi menarik. Tahniah kepada guru-guru dan para pelajar, dalam kesibukan dengan pelajaran dan dalam waktu yang singkat, mampu merealisasikan tanggungjawab yang diberikan. Acara-acara sukan seperti 100m,400m,4x100m dan 4x400m mewarnai acara sukan pada tahun ini. Tahniah kepada semua kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Keputusan Sukan Tahunan 2010:

Juara Keseluruhan: Temenggung
Kedua: Syahbandar
Ketiga: Laksamana
Keempat: Bendahara

Juara Perbarisan/Maskot : Bendahara
Juara Sorak Rumah: Temenggung

Saringan dan Raptai Hari Sukan Sekolah

Beberapa acara saringan dan akhir telah diadakan pada hari Selasa (6.4.10) dan Khamis (8.4.10). Para pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang pingat untuk rumah masing - masing. Raptai penuh perbarisan masuk pula telah diadakan pada hari Jumaat(9.4.10). Sementara itu, para pelajar juga sibuk menyiapkan diri untuk acara perbarisan dan sorak rumah. Sepanjang minggu lepas dan minggu ini semua rumah sukan telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menyiapkan pasukan masing-masing menjelang Sukan Sekolah pada hari Sabtu (10.4.10) ini.

Olahraga MSSMNM Kawasan Ayer Keroh

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
MOZAC berjaya membawa pulang 5 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa. Tahniah dan syabas kepada Mohd Salman b. Jafri kerana telah terpilih sebagai Peserta Terbaik B15.

Tuesday, April 6, 2010

HKSBP Zon Selatan 2010


HKSBP Zon Selatan pada tahun ini diadakan pada 12 - 15 Mac 2010 bertempat di Sek. Men. Sains Muar. MOZAC telah menghantar pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pasukan Bola Keranjang Lelaki & Perempuan. Buat pertama kalinya, perbahasan diadakan pada waktu malam. 2 orang pembahas MOZAC iaitu Mohd Azfar Adam dan Thulaja Thesa Vasudevan telah mendapat gelaran pembahas terbaik dalam beberapa perbahasan. Mohd Azfar mendapat gelaran pembahas terbaik di dalam 4 daripada 6 perbahasan manakala Thulaja Thesa menggondol 6 gelaran pembahas terbaik daripada 7 sesi perbahasan .Pasukan bola keranjang memulakan pertandingan pada hari Sabtu.Pasukan bolakeranjang perempuan telah tewas dalam ketiga tiga perlawanan tetapi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pasukan Bolakeranjang lelaki terus menjadi pasukan yang digeruni lawan di Zon Selatan apabila hanya tewas di tangan SDAR pada perlawanan akhir.Pada tahun ini sekali lagi pasukan Bahas Bahasa Inggeris dan pasukan Bola Keranjang Lelaki MOZAC berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan apabila tewas pada perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tuesday, March 16, 2010

Ujian Tara 2010


Ujian Tara 2010 telah diadakan pada 10-11 Mac yang lalu bertempat di padang sekolah. Sebanyak 3 acara telah dijalankan iaitu lari 100m, lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori Lelaki A, Lelaki B, Lelaki C, Perempuan Senior dan Perempuan Junior. Semua pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk membantu menyumbangkan mata kepada rumah masing-masing. Syabas!
Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat membantu melancarkan aktiviti. Kita jumpa lagi di Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah nanti.

Wednesday, March 10, 2010

Istiadat Penganugerahan Pangkat Ketua-ketua Unit Beruniform


Satu Istiadat Penganugerahan Pangkat kepada Ketua-ketua Unit Beruniform telah diadakan pada 3 Februari yang lalu. Istiadat ini adalah bertujuan uuntuk memberi pengiktirafan kepada semua pemimpin Unit Beruniform dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Baharuddin b. Burhan. Istiadat dimulakan dengan ketibaan pentadbir-pentadbir sekolah, Nyanyian Lagu Rasmi, Bacaan Doa, Pemeriksaan Barisan dan Penganugerahan Pangkat. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menaikkan semangat dan komitmen semua pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam Unit Beruniform masing-masing.

Thursday, January 28, 2010

Imbasan 2009 ...

Kejohanan Bola Keranjang HKSBP - 2008 (Johan HKSBP Zon Selatan & Naib Johan HKSBP Kebangsaan), 2009 (Naib Johan HKSBP Zon Selatan & Tempat Keempat HKSBP Kebangsaan)




Imbasan 2009 ...

Pelbagai Kejuaraan Catur Peringkat Kebangsaan dan Penglibatan Peringkat Antarabangsa - Anas Nazreen dan Alia Anin Azwa





Imbasan 2009 ...

Perkhemahan PKBM Kebangsaan - Johan Menembak dan Tempat Ketiga Kawad Kaki





Imbasan 2009 ...

Pertandingan Robotik 2009 - Tempat Ketiga Kebangsaan



Imbasan 2009 ...

Spell-it-Right (SIR) NST Challenge 2009 - Adlina Ab. Rahim (State Champion - Finalist National Level)



Imbasan 2009 ...

The 6th Japanese Speech Contest for Secondary Schools 2009 - Alyya Syahirah bt Roszelan (Sakura Award)

Imbasan 2009 ...

Mount Kinabalu International Expedition 2009 - Thulaja Thessa (Best Female Participant)



Imbasan 2009 ...

Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7 2009






Imbasan 2009 ...

Perkhemahan Badan Beruniform KRS dan NGO Peringkat Antarabangsa 2009 - Siti Halilah bt Nordin, Nabilah bt Zainudin dan Nur Alia Ng bt Abd Latif Ng