Monday, July 27, 2009

Keputusan Pertandingan Sempena Hari Kokurikulum 2009

PERTANDINGAN PAMERAN TERBAIK

Johan : Kelab Seni Persembahan
Naib Johan : Persatuan Sains dan Alam Sekitar
Tempat Ketiga : Kelab Rekacipta Robotik


PERTANDINGAN GERAI JUALAN TERBAIK

Johan : Pergerakan Puteri Islam
Naib Johan : Kelab Catur & Scrabble
Tempat Ketiga : Persatuan Bahasa Melayu


PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Johan : Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Naib Johan : Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Tempat Ketiga : Pasukan Bulan Sabit Merah

Saguhati 1 : Pergerakan Puteri Islam
Saguhati 2 : Pasukan Pengakap Kota
Saguhati 3 : Pasukan Kadet Jabatan Pertahanan Awam


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi pada masa akan datang. Syabas di atas komitmen anda semua !

Sunday, July 26, 2009

Hari Kokurikulum 2009




Hari Kokurikulum 2009 telah diadakan pada 25 Julai 2009 dengan jayanya. Acara bermula dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu En. Muhamad Shah b. Osmin (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perkhidmatan, Pengurusan dan Operasi Pendidikan, Bahagian SBP dan Sekolah Kluster Kecemerlangan) tepat jam 8.30 pagi dengan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Lebih istimewa, beliau adalah seorang bekas pelajar MOZAC (1993-1997).

Seterusnya pemeriksaan barisan lintas hormat diiringi oleh Marching Band dan persembahan Silat Selamat Datang bagi mengalu-alukan kedatangan beliau. Kemudian, beliau diiringi oleh barisan pentadbir masuk kedalam Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk acara selanjutnya.

Acara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bacaan Doa. Persembahan Multimedia berkaitan dengan Aktiviti Kokurikulum sepanjang 2009 ditayangkan untuk para hadirin. GPK Kokurikulum menyampaikan ucapan dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh tetamu kehormat.

Selepas persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Imtiyaz, beliau dibawa melawat pameran Persatuan Pengguna, SLAD, Kelab Seni Persembahan, Persatuan Sains dan Alam Sekitar, Kelab Briged Siber, Kelab Atronomi dan Kelab Robotik.

Acara diteruskan di Dataran Muzaffar Syah dengan tetamu menyaksikan sebahagian Pertandingan Kawad Kaki. Setelah selesai pertandingan, acara Demonstrasi Tae Kwon Do, Silat Kunci Melayu (Sikume) dan persembahan Pancaragam pula mengambil tempat.

Tetamu seterusnya dibawa melawat gerai jualan, asrama Putera, Dewan Makan dan diakhiri dengan Jamuan tengahari.

Pihak Unit Kokurikulum ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu guru-guru, pelajar-pelajar dan pekerja, tidak kira apa juga sumbangan anda sama ada besar atau kecil dalam menjayakan Hari Kokurikulum 2009. Majlis ini berjaya djalankan dengan lancar dengan usaha dan komitmen anda semua. Terima kasih.

Saturday, July 11, 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009 sekolah telah diadakan dengan jayanya hari ini. Hujan yang turun sejak dinihari tidak mematahkan semangat warga sekolah untuk sama-sama menjayakan acara tradisi yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini. Walaupun hujan masih turun renyai dan kilat kadangkala kelihatan, ia sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk para pelajar meneruskan larian dengan masa yang lebih baik dan seterusnya dapat menyumbangkan mata untuk rumah masing-masing. Berikut adalah keputusan penuh acara :



Kategori Lelaki C :


1 - Shamir b. Roslan (B)
2- Mohd Zakaria bt Ahmad (B)

3- Mohd Haziq b. M. Rasid (B)

4- Mohd Hery b. M. Sham (T)

5- Mohd Zulhelmi b. M. Azmi (L)

6- Saiyidi Rashid b. Abd Rahman (T)

7- Firdaus Aris b. Abd Rahman (B)

8- Mohd Hakim b. Ahmad (S)

9- Nur Syahrul Nizam b. Abd Malek (T)

10- Mohd Syazwan b. Abd Hadi (T)



Juara Kategori Lelaki C - Bendahara


Kategori Lelaki B :


1- Imran b. Khairulezuan (S)
2- Mohd Faqih b. Mohd Jaafar (B)
3- Mohd Danial b. Mohd Mahadi (S)
4- Mohd Syafiq b. Jamaluddin (L)
5- Alif Amirul b. Azmi (S)

6- Amirul Hafiz b. Norazman (L)
7- Muhaimin Haziq b. Minhad (T)

8- Mohd Asyraf b. Mohd Shah (S)
9- Mohd Syamil b. Norazman (L)

10- Mohd Mahadi Norhakim (L)

Juara Kategori Lelaki B - Syahbandar


Kategori Lelaki A :



1- Amal Shafiq b. Dahlan (S)
2- Ezamirul Haikal (S)
3- Mohd Helmi b. Abd Rahman (B)

4- Mohd Faiz b. Hassan (B)
5- Fahrul Razi b. Mohd Jalani (S)

6- Ishver Naidu a/l Ganasen (B)
7- Douglas Hansen (S)

8- Mohd Ashraf b. Abu Hasan (B)
9- Mohd Nazmi b. Zulkafli (B)

10- Mohd Fathi b. Mohd Azmi (L)

Juara Kategori Lelaki A - Bendahara


Kategori Perempuan Senior :


1- Ilyani bt Roslan (S)
2- Nur Anis Atika bt Zainal Abidin (S)
3- Noor Liyana bt Musa (T)

4- Nurul Adha bt Kamis (T)

5- Alyya Syahirah bt Roszelan (S)

6- Thulaja Thessa (S)

7- Aisyah bt Yusof (L)

8- Farah Aini (T)

9- Nurul Farehah bt Abd Jalal (B)

10- Nur Afifi bt Md Baki (L)


Juara Kategori Perempuan Senior - Syahbandar



Kategori Perempuan Junior :


1- Nurul Fatehah bt Zulkipli (L)
2- Aisyah Humairaq bt Mohd Zairi (B)

3- Nurfathin bt Zaharudin (T)
4- Norshahidatul Naimah bt Shamsuri (L)

5- Siti Fadhilah bt Ismail (S)
6- Nor Aziemah bt Mohd Zin (T)

7- Sarah Nurain bt Omar (S)
8- Florita Suneh (L)

9- Ika Fazira bt Mustapa (L)
10- Norain Nadhirah bt Md Azizi (B)

Juara Kategori Perempuan Junior - Laksamana

Johan Keseluruhan - Syahbandar


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, tahun hadapan kita lari laju lagi !

Friday, July 10, 2009

Majlis Tadarus Al-Quran


1. MTQ Peringkat Daerah pada 26 Mac 2009 di SMK Padang Temu - Ruzaidi b. Ruslan - Johan Syarahan Agama, Ahmad Syarifuddin b. Mohamad - Johan Tilawah al-Quran, Ahmad Fauzul Azim b. Ayob - Johan Hafazan, Afiqah bt Samsul Kamal - Saguhati Syarahan Agama, Aisyah Humaraq bt Ahmad Zairi - Saguhati Tilawah Al-Quran, Farhana bt A. Samad - Tempat Ke-3 Hafazan
2. MTQ Peringkat Negeri pada 14 April 2009 di SM Teknik Datuk Seri Md Zin - Ruzaidi b. Ruslan - Johan Syarahan Agama, Ahmad Fauzul Azim b. Ayob - Tempat Ke-3 Hafazan, Ahmad Syarifuddin b. Mohamad - Naib Johan Tilawah Al-Quran
3. MTQ Peringkat Kebangsaan pada 25-28 Mei 2009 di Ipoh - Ruzaidi b. Ruslan - Johan

Wednesday, July 8, 2009

Kelab Rukun Negara

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Latihan Nyanyian Lagu Tema Kelab Rukun Negara pada 11 Februari 2009
2. Explorace pada 8 April 2009

Kelab Briged Siber

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Membina Personal Blog menggunakan blospot.com (Siri 1 dan 2) pada 11 dan 25 Februari 2009
2. Perkhemahan IT dan ICT pada 13-15 Mac 2009 di Taman Botanikal Ayer Keroh anjuran JPM
3. Membina Personal Blog menggunakan think.com (Siri 1 dan 2) pada 25 Mac dan 8 April 2009
4. Lawatan ke Karnival Digital Melaka dan Pameran Pendidikan pada 3 April 2009 di k-ekonomi dan MITC
5. Membina video menggunakan Program Movie Maker pada 29 April dan 13 Mei 2009

Kelab Robotik

Aktiviti Penggal 1/2009



1. Belajar Membina Robot pada 11 Februari 2009



2. Belajar menggunakan Software Robo Lab pada 4 Mac 2009



3. Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka pada 14 April 2009 - Kumpulan Dikir Barat Robot berjaya ke peringkat akhir

Kelab Unesco

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Tayangan video Tapak Warisan Dunia : Melaka dan Georgetown pada 29 April 2009
2. Taklimat AEC Network : Asia Europe Classroom Network pada 8 April 2009
3. Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Tapak Warisan Dunia pada 15 April 2009

Persatuan Matematik

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Kuiz Matematik pada 11 Februari 2009
2. Pertandingan Sudoku pada 29 April 2009

Persatuan Sains dan Alam Sekitar

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Mengubah anak pokok herba sumbangan Perbadanan Bioteknologi Melaka ke dalam pasu pada 9 Februari 2009
2. Penerangan Taman Herba dan Teknik Fertigasi pada 11 Februari 2009
3. Gotong-royong dan Demonstrasi `Anti-Lock Braking System' pada 8 April 2009
4. Explorace pada 29 April 2009
5. Gotong-royong membersihkan Sanggar Muzaffar pada 5 Mei 2009

Kelab Astronomi

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Pengendalian Teleskop pada 21 Januari 2009
2. Merekabentuk Roket Air pada 29 April 2009
3. Pameran Sempena Program Sehari Bersama Angkasawan Negara pada 14 Februari 2009
4. Pertandingan Merekabentuk Laman Web pada 26 Mac sehingga 16 April 2009 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka
5. Kuiz Falak On-Line pada 17 April 2009 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Universiti Multimedia
6. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air pada 25 April 2009 di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka
7. Lawatan sempena Hari Astronomi Negeri Melaka 2009 pada 9 Mei 2009 di Balai Cerap Al-Khawarizmi dengan aktiviti pameran oleh Pusat Sains Negara dan ceramah daripada Datin Paduka Sharifah Mazlina, Penjelajah Kutub Utara dan Kutub Selatan

Kelab Gamecak

Aktiviti Penggal 1/2009


1.

Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Ceramah dan Pameran Anti Dadah pada 17 Februari di RED Tunnel
2. Kursus Sahabat PPDa - Petronas pada 20 Mei 2009 di SMK Padang Temu








Kelab Pengguna

Aktiviti Penggal 2/2009

1. Kuiz Pengguna Peringkat Daerah Melaka Tengah pada 18 Jun 2009 di SMK Padang Temu - Johan

2. Kuiz Pengguna Peringkat Negeri pada 9 Julai 2009 - Johan

Kelab Seni Persembahan

Aktiviti Penggal 1/2009


1.

English Language Society

First Term 2009 Activities


1. RED Tunnel Activities on 11th February 2009 to prepare for the programme `One day with the Astronaut'
2. Marriot International Environment Awareness Workshop on 29th April 2009 at Renaissance Hotel, Melaka

Persatuan Bahasa Melayu

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Tayangan Video - Bagaimana menjadi pemidato yang baik pada 11 Februari 2009

2. Pengucapan Awam pada 8 April 2009 - 4 pelajar menyampaikan pidato spontan

3. Pertandingan Teka Silangkata pada 29 April 2009

Tae Kwon Do

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Ujian Kenaikan Tali Pinggang pada 12 April 2009 di SK Tengkera - 12 ahli berjaya

Kadet Remaja Sekolah

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Perkhemahan Peringkat Negeri di Pusat Latihan Kem Lanchang, Merlimau - diwakili oleh 2 pelajar iaitu Muhammad Nazmi b. Zulkafli dan Nur Alia Ng
2. Perkhemahan Peringkat Antarabangsa pada 23-30 April 2009 di Pusat Latihan Kem Tangok, Bachok, Kelantan disertai oleh Nur Alia Ng dan Muhamad Rafiuddin b. Kalil mewakili Negeri Melaka - Tempat ke-3 Acara Gajet (Ikatan Simpulan) dan Tempat Ke-3 Kontinjen Terbaik
3. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah pada 7 Mei 2009 di SMK Padang Temu - Tempat Ke-2, layak ke Peringkat Negeri
4. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri pada 5 Jun 2009 di Eye On Malaysia, Melaka

Kadet Jabatan Pertahanan Awam

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Teori Kawad Kaki pada 4 Februari 2009 di SMSMS.

2. Teori Latihan Menyelamat pada 1 April 2009 oleh Sarjan Shahrul (Staf JPA3)

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Perbarisan Perasmian Latihan PKBM 2009 di Dataran Muzaffar pada 18 Februari 2009

2. Latihan Kawad Senjata pada 29 April 2009 di Padang Kawad 32 Rejimen Artilari Diraja Kem Terendak

3. Latihan Menembak Senjata M16 pada 30 April 2009 di Lapang Sasar Syed Sirajuddin, Kem Gemas

4. Perkhemahan Tahunan PKBM (Darat) pada 3-8 Mei 2009 di Kem Pengakap Melaka anjuran JPM dan 10 Briged PARA - Johan Keseluruhan, Johan Menembak Senjata M16, Johan Menembak Kategori Jatuh Piring, Tempat Ke-3 Membaca Peta, Tempat Ke-5 Merentas Halangan dan Tempat Ke-9 Kawad

Pasukan Pancaragam

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Festival Wind Orchestra ke XI SBP, KPM pada 16-19 April 2009 di SMS Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan - Pingat Perak, 5 pelajar terpilih menyertai acara selingan Finale Pertandingan Wind Orchestra ke XI di PICC, Putrajaya
2. Persembahan Menara Taming Sari pada 16-17 Mei 2009 sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Menara Taming Sari


Pasukan Pengakap Kota Ke-40

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Kursus Memadam Api dan Mencegah Kebakaran pada 21 Mac 2009 di SMK Ayer Keroh anjuran Pasukan Bomba dan Penyelamat disertai oleh 14 peserta mewakili Mozac
2. Kursus Kawad Kaki pada 18 April 2009 di SMK Tinggi St David anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Kota