Sunday, July 26, 2009

Hari Kokurikulum 2009




Hari Kokurikulum 2009 telah diadakan pada 25 Julai 2009 dengan jayanya. Acara bermula dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu En. Muhamad Shah b. Osmin (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perkhidmatan, Pengurusan dan Operasi Pendidikan, Bahagian SBP dan Sekolah Kluster Kecemerlangan) tepat jam 8.30 pagi dengan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Lebih istimewa, beliau adalah seorang bekas pelajar MOZAC (1993-1997).

Seterusnya pemeriksaan barisan lintas hormat diiringi oleh Marching Band dan persembahan Silat Selamat Datang bagi mengalu-alukan kedatangan beliau. Kemudian, beliau diiringi oleh barisan pentadbir masuk kedalam Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk acara selanjutnya.

Acara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bacaan Doa. Persembahan Multimedia berkaitan dengan Aktiviti Kokurikulum sepanjang 2009 ditayangkan untuk para hadirin. GPK Kokurikulum menyampaikan ucapan dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh tetamu kehormat.

Selepas persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Imtiyaz, beliau dibawa melawat pameran Persatuan Pengguna, SLAD, Kelab Seni Persembahan, Persatuan Sains dan Alam Sekitar, Kelab Briged Siber, Kelab Atronomi dan Kelab Robotik.

Acara diteruskan di Dataran Muzaffar Syah dengan tetamu menyaksikan sebahagian Pertandingan Kawad Kaki. Setelah selesai pertandingan, acara Demonstrasi Tae Kwon Do, Silat Kunci Melayu (Sikume) dan persembahan Pancaragam pula mengambil tempat.

Tetamu seterusnya dibawa melawat gerai jualan, asrama Putera, Dewan Makan dan diakhiri dengan Jamuan tengahari.

Pihak Unit Kokurikulum ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu guru-guru, pelajar-pelajar dan pekerja, tidak kira apa juga sumbangan anda sama ada besar atau kecil dalam menjayakan Hari Kokurikulum 2009. Majlis ini berjaya djalankan dengan lancar dengan usaha dan komitmen anda semua. Terima kasih.

No comments: