Thursday, November 5, 2009

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Malam Anugerah Muzaffar 2009

Host unlimited photos at slide.com for FREE!


Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Malam Anugerah Muzaffar 2009 ~

Mohamad Amir Wafiuddin b. Mohd Nizam


Biodata Penerima Anugerah

Unit Beruniform

1. Pengerusi Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2009
2. Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka (SIKUME) 2009
3. Naib Pengerusi Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2008
4. Staff Sarjan Kadet Remaja Sekolah Negeri Melaka 2007
5. Ketua Platun Kontinjen Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan 2007 & 2008
6. Anugerah Kadet Terbaik KRS `Asas Kebombaan' Peringkat Kebangsaan 2007
7. Perkhemahan Integrasi KRS Peringkat Kebangsaan 2007
8. Pingat PERAK Kejohanan Pencak Silat MSS Negeri Melaka 2007, 2008 & 2009
9. Pingat GANGSA Kejohanan Pencak Silat MSS Negeri Melaka 2006
10. Perhimpunan Pendekar Muda Negeri Melaka 2008


Persatuan

1. Bendahari Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 2009
2. AJK Kelab Robotik 2008
3. Naib Johan Pertandingan Dikir Barat Karnival Pencegahan Dadah Negeri Melaka 2008 & 2009
4. Naib Johan Pertandingan Monumen Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP Peringkat Kebangsaan 2007
5. Linuxcamp dan Infocamp Kampung Buku Melaka 2008


Sukan dan Permainan

1. Johan Kejohanan Sofbol L15 MSSMNM 2007
2. Naib Johan Kejohanan Sofbol MSSMNM 2006
3. Kejohanan Petanque Bahasa Perancis SBP Peringkat Kebangsaan 2007 & 2009
4. Kejohanan Bola Keranjang SBP 3 on 3 SBP-Petronas
5. Pingat EMAS Acara 4 x 100 m Kejohanan Olahraga SMSMS 2005
6. Pingat PERAK Acara 4 x 400 m Kejohanan Olahraga SMSMS 2007


Kepimpinan

1. Biro Kokurikulum Rumah Syahbandar 2009
2. AJK Pesta Multi Koku 2008 & 2009
3. Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2009
4. Naib Johan Eksplorasi Alam Kerjaya PRS Negeri Melaka 2008 & 2009
5. Eksplorasi Alam Kerjaya PRS SBP Zon Selatan 2008 & 2009

Sunday, October 11, 2009

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pelajar 2009
















Satu Kursus Pengurusan dan Kepimpinan anjuran bersama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah berjaya dijalankan di Lake Resort, Ayer Keroh pada 10 hingga 11 Oktober 2009 yang lalu. Seramai 224 pelajar terdiri dari pemimpin badan-badan di bawah Unit HEM iaitu Badan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADRI), Majlis Rumah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Koperasi Sekolah (KOSMOZ) serta Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Permainan menghadiri kursus ini. Berikut adalah tentatif program kursus tersebut :

10 Oktober 2009

7.00 pagi : Pelajar mula bertolak dari sekolah ke Lake Resort
7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran dan serahan fail kursus
8.00 - 10.00 pagi : Sesi taklimat dan house keeping
10.30 - 12.30 tgh : Program Ice Breaking

2.00 - 3.15 petang : Proses Penubuhan Kelab / Persatuan ;
Perlembagaan Kelab / Persatuan oleh Pn Hamidah bt Hassan
3.15 - 4.30 petang : Peranan & Tanggungjawab AJK ;
Pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat oleh En. Azaman b. Abdul

5.30 - 6.30 petang : Riadah

8.00 - 9.15 malam : Pengurusan Fail & Surat Menyurat ;
Penyediaan Kertas Kerja / Projek oleh Cik Norazlina bt Senin
9.15 - 10.30 malam : Pengurusan Kewangan dan Penyediaan Laporan oleh En. Johan b. Othman


11 Oktober 2009

8.00 - 9.00 pagi : Rumusan dan penilaian kursus

9.00 pagi : Majlis Perasmian Penutup ~

Motivasi Kepimpinan oleh Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(ex-Mozac 1980-1984)

Ucapan Tuan Pengetua - En Baharuddin b. Burhan

Ucapan Perasmian Penutup oleh Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan & Pembangunan, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia)

Penyampaian cenderamata kepada Dr Abdul Razak b. Abdul Rahman
(Sekalung penghargaan untuk beliau kerana sudi meluangkan masa
bersama pelajar)

Pihak sekolah mengharapkan semua pelajar yang berpeluang menyertai kursus ini telah mendapat input dan faedah yang maksima untuk dijadikan asas dan panduan dalam menerajui unit masing-masing pada 2010 nanti.

Pihak Unit HEM dan Unit Kokurikulum juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan barisan Pentadbir atas sokongan yang diberi. Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus-lumus berusaha dalam menjayakan program ini sepanjang 2 hari 1 malam program ini berlangsung. Penghargaan juga atas bantuan pihak Alumni MOZAC dalam membantu menjayakan kursus ini.

Terima kasih daun keladi.

Thursday, September 17, 2009

Monday, August 31, 2009

Friday, August 21, 2009

Monday, July 27, 2009

Keputusan Pertandingan Sempena Hari Kokurikulum 2009

PERTANDINGAN PAMERAN TERBAIK

Johan : Kelab Seni Persembahan
Naib Johan : Persatuan Sains dan Alam Sekitar
Tempat Ketiga : Kelab Rekacipta Robotik


PERTANDINGAN GERAI JUALAN TERBAIK

Johan : Pergerakan Puteri Islam
Naib Johan : Kelab Catur & Scrabble
Tempat Ketiga : Persatuan Bahasa Melayu


PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Johan : Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Naib Johan : Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Tempat Ketiga : Pasukan Bulan Sabit Merah

Saguhati 1 : Pergerakan Puteri Islam
Saguhati 2 : Pasukan Pengakap Kota
Saguhati 3 : Pasukan Kadet Jabatan Pertahanan Awam


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang kurang berjaya, usaha lagi pada masa akan datang. Syabas di atas komitmen anda semua !

Sunday, July 26, 2009

Hari Kokurikulum 2009




Hari Kokurikulum 2009 telah diadakan pada 25 Julai 2009 dengan jayanya. Acara bermula dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu En. Muhamad Shah b. Osmin (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perkhidmatan, Pengurusan dan Operasi Pendidikan, Bahagian SBP dan Sekolah Kluster Kecemerlangan) tepat jam 8.30 pagi dengan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Lebih istimewa, beliau adalah seorang bekas pelajar MOZAC (1993-1997).

Seterusnya pemeriksaan barisan lintas hormat diiringi oleh Marching Band dan persembahan Silat Selamat Datang bagi mengalu-alukan kedatangan beliau. Kemudian, beliau diiringi oleh barisan pentadbir masuk kedalam Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk acara selanjutnya.

Acara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bacaan Doa. Persembahan Multimedia berkaitan dengan Aktiviti Kokurikulum sepanjang 2009 ditayangkan untuk para hadirin. GPK Kokurikulum menyampaikan ucapan dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh tetamu kehormat.

Selepas persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Imtiyaz, beliau dibawa melawat pameran Persatuan Pengguna, SLAD, Kelab Seni Persembahan, Persatuan Sains dan Alam Sekitar, Kelab Briged Siber, Kelab Atronomi dan Kelab Robotik.

Acara diteruskan di Dataran Muzaffar Syah dengan tetamu menyaksikan sebahagian Pertandingan Kawad Kaki. Setelah selesai pertandingan, acara Demonstrasi Tae Kwon Do, Silat Kunci Melayu (Sikume) dan persembahan Pancaragam pula mengambil tempat.

Tetamu seterusnya dibawa melawat gerai jualan, asrama Putera, Dewan Makan dan diakhiri dengan Jamuan tengahari.

Pihak Unit Kokurikulum ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu guru-guru, pelajar-pelajar dan pekerja, tidak kira apa juga sumbangan anda sama ada besar atau kecil dalam menjayakan Hari Kokurikulum 2009. Majlis ini berjaya djalankan dengan lancar dengan usaha dan komitmen anda semua. Terima kasih.

Saturday, July 11, 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009 sekolah telah diadakan dengan jayanya hari ini. Hujan yang turun sejak dinihari tidak mematahkan semangat warga sekolah untuk sama-sama menjayakan acara tradisi yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini. Walaupun hujan masih turun renyai dan kilat kadangkala kelihatan, ia sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk para pelajar meneruskan larian dengan masa yang lebih baik dan seterusnya dapat menyumbangkan mata untuk rumah masing-masing. Berikut adalah keputusan penuh acara :



Kategori Lelaki C :


1 - Shamir b. Roslan (B)
2- Mohd Zakaria bt Ahmad (B)

3- Mohd Haziq b. M. Rasid (B)

4- Mohd Hery b. M. Sham (T)

5- Mohd Zulhelmi b. M. Azmi (L)

6- Saiyidi Rashid b. Abd Rahman (T)

7- Firdaus Aris b. Abd Rahman (B)

8- Mohd Hakim b. Ahmad (S)

9- Nur Syahrul Nizam b. Abd Malek (T)

10- Mohd Syazwan b. Abd Hadi (T)



Juara Kategori Lelaki C - Bendahara


Kategori Lelaki B :


1- Imran b. Khairulezuan (S)
2- Mohd Faqih b. Mohd Jaafar (B)
3- Mohd Danial b. Mohd Mahadi (S)
4- Mohd Syafiq b. Jamaluddin (L)
5- Alif Amirul b. Azmi (S)

6- Amirul Hafiz b. Norazman (L)
7- Muhaimin Haziq b. Minhad (T)

8- Mohd Asyraf b. Mohd Shah (S)
9- Mohd Syamil b. Norazman (L)

10- Mohd Mahadi Norhakim (L)

Juara Kategori Lelaki B - Syahbandar


Kategori Lelaki A :



1- Amal Shafiq b. Dahlan (S)
2- Ezamirul Haikal (S)
3- Mohd Helmi b. Abd Rahman (B)

4- Mohd Faiz b. Hassan (B)
5- Fahrul Razi b. Mohd Jalani (S)

6- Ishver Naidu a/l Ganasen (B)
7- Douglas Hansen (S)

8- Mohd Ashraf b. Abu Hasan (B)
9- Mohd Nazmi b. Zulkafli (B)

10- Mohd Fathi b. Mohd Azmi (L)

Juara Kategori Lelaki A - Bendahara


Kategori Perempuan Senior :


1- Ilyani bt Roslan (S)
2- Nur Anis Atika bt Zainal Abidin (S)
3- Noor Liyana bt Musa (T)

4- Nurul Adha bt Kamis (T)

5- Alyya Syahirah bt Roszelan (S)

6- Thulaja Thessa (S)

7- Aisyah bt Yusof (L)

8- Farah Aini (T)

9- Nurul Farehah bt Abd Jalal (B)

10- Nur Afifi bt Md Baki (L)


Juara Kategori Perempuan Senior - Syahbandar



Kategori Perempuan Junior :


1- Nurul Fatehah bt Zulkipli (L)
2- Aisyah Humairaq bt Mohd Zairi (B)

3- Nurfathin bt Zaharudin (T)
4- Norshahidatul Naimah bt Shamsuri (L)

5- Siti Fadhilah bt Ismail (S)
6- Nor Aziemah bt Mohd Zin (T)

7- Sarah Nurain bt Omar (S)
8- Florita Suneh (L)

9- Ika Fazira bt Mustapa (L)
10- Norain Nadhirah bt Md Azizi (B)

Juara Kategori Perempuan Junior - Laksamana

Johan Keseluruhan - Syahbandar


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, tahun hadapan kita lari laju lagi !

Friday, July 10, 2009

Majlis Tadarus Al-Quran


1. MTQ Peringkat Daerah pada 26 Mac 2009 di SMK Padang Temu - Ruzaidi b. Ruslan - Johan Syarahan Agama, Ahmad Syarifuddin b. Mohamad - Johan Tilawah al-Quran, Ahmad Fauzul Azim b. Ayob - Johan Hafazan, Afiqah bt Samsul Kamal - Saguhati Syarahan Agama, Aisyah Humaraq bt Ahmad Zairi - Saguhati Tilawah Al-Quran, Farhana bt A. Samad - Tempat Ke-3 Hafazan
2. MTQ Peringkat Negeri pada 14 April 2009 di SM Teknik Datuk Seri Md Zin - Ruzaidi b. Ruslan - Johan Syarahan Agama, Ahmad Fauzul Azim b. Ayob - Tempat Ke-3 Hafazan, Ahmad Syarifuddin b. Mohamad - Naib Johan Tilawah Al-Quran
3. MTQ Peringkat Kebangsaan pada 25-28 Mei 2009 di Ipoh - Ruzaidi b. Ruslan - Johan

Wednesday, July 8, 2009

Kelab Rukun Negara

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Latihan Nyanyian Lagu Tema Kelab Rukun Negara pada 11 Februari 2009
2. Explorace pada 8 April 2009

Kelab Briged Siber

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Membina Personal Blog menggunakan blospot.com (Siri 1 dan 2) pada 11 dan 25 Februari 2009
2. Perkhemahan IT dan ICT pada 13-15 Mac 2009 di Taman Botanikal Ayer Keroh anjuran JPM
3. Membina Personal Blog menggunakan think.com (Siri 1 dan 2) pada 25 Mac dan 8 April 2009
4. Lawatan ke Karnival Digital Melaka dan Pameran Pendidikan pada 3 April 2009 di k-ekonomi dan MITC
5. Membina video menggunakan Program Movie Maker pada 29 April dan 13 Mei 2009

Kelab Robotik

Aktiviti Penggal 1/2009



1. Belajar Membina Robot pada 11 Februari 2009



2. Belajar menggunakan Software Robo Lab pada 4 Mac 2009



3. Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka pada 14 April 2009 - Kumpulan Dikir Barat Robot berjaya ke peringkat akhir

Kelab Unesco

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Tayangan video Tapak Warisan Dunia : Melaka dan Georgetown pada 29 April 2009
2. Taklimat AEC Network : Asia Europe Classroom Network pada 8 April 2009
3. Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Tapak Warisan Dunia pada 15 April 2009

Persatuan Matematik

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Kuiz Matematik pada 11 Februari 2009
2. Pertandingan Sudoku pada 29 April 2009

Persatuan Sains dan Alam Sekitar

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Mengubah anak pokok herba sumbangan Perbadanan Bioteknologi Melaka ke dalam pasu pada 9 Februari 2009
2. Penerangan Taman Herba dan Teknik Fertigasi pada 11 Februari 2009
3. Gotong-royong dan Demonstrasi `Anti-Lock Braking System' pada 8 April 2009
4. Explorace pada 29 April 2009
5. Gotong-royong membersihkan Sanggar Muzaffar pada 5 Mei 2009

Kelab Astronomi

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Pengendalian Teleskop pada 21 Januari 2009
2. Merekabentuk Roket Air pada 29 April 2009
3. Pameran Sempena Program Sehari Bersama Angkasawan Negara pada 14 Februari 2009
4. Pertandingan Merekabentuk Laman Web pada 26 Mac sehingga 16 April 2009 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka
5. Kuiz Falak On-Line pada 17 April 2009 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Universiti Multimedia
6. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air pada 25 April 2009 di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka
7. Lawatan sempena Hari Astronomi Negeri Melaka 2009 pada 9 Mei 2009 di Balai Cerap Al-Khawarizmi dengan aktiviti pameran oleh Pusat Sains Negara dan ceramah daripada Datin Paduka Sharifah Mazlina, Penjelajah Kutub Utara dan Kutub Selatan

Kelab Gamecak

Aktiviti Penggal 1/2009


1.

Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Ceramah dan Pameran Anti Dadah pada 17 Februari di RED Tunnel
2. Kursus Sahabat PPDa - Petronas pada 20 Mei 2009 di SMK Padang Temu








Kelab Pengguna

Aktiviti Penggal 2/2009

1. Kuiz Pengguna Peringkat Daerah Melaka Tengah pada 18 Jun 2009 di SMK Padang Temu - Johan

2. Kuiz Pengguna Peringkat Negeri pada 9 Julai 2009 - Johan

Kelab Seni Persembahan

Aktiviti Penggal 1/2009


1.

English Language Society

First Term 2009 Activities


1. RED Tunnel Activities on 11th February 2009 to prepare for the programme `One day with the Astronaut'
2. Marriot International Environment Awareness Workshop on 29th April 2009 at Renaissance Hotel, Melaka

Persatuan Bahasa Melayu

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Tayangan Video - Bagaimana menjadi pemidato yang baik pada 11 Februari 2009

2. Pengucapan Awam pada 8 April 2009 - 4 pelajar menyampaikan pidato spontan

3. Pertandingan Teka Silangkata pada 29 April 2009

Tae Kwon Do

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Ujian Kenaikan Tali Pinggang pada 12 April 2009 di SK Tengkera - 12 ahli berjaya

Kadet Remaja Sekolah

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Perkhemahan Peringkat Negeri di Pusat Latihan Kem Lanchang, Merlimau - diwakili oleh 2 pelajar iaitu Muhammad Nazmi b. Zulkafli dan Nur Alia Ng
2. Perkhemahan Peringkat Antarabangsa pada 23-30 April 2009 di Pusat Latihan Kem Tangok, Bachok, Kelantan disertai oleh Nur Alia Ng dan Muhamad Rafiuddin b. Kalil mewakili Negeri Melaka - Tempat ke-3 Acara Gajet (Ikatan Simpulan) dan Tempat Ke-3 Kontinjen Terbaik
3. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah pada 7 Mei 2009 di SMK Padang Temu - Tempat Ke-2, layak ke Peringkat Negeri
4. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri pada 5 Jun 2009 di Eye On Malaysia, Melaka

Kadet Jabatan Pertahanan Awam

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Teori Kawad Kaki pada 4 Februari 2009 di SMSMS.

2. Teori Latihan Menyelamat pada 1 April 2009 oleh Sarjan Shahrul (Staf JPA3)

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Perbarisan Perasmian Latihan PKBM 2009 di Dataran Muzaffar pada 18 Februari 2009

2. Latihan Kawad Senjata pada 29 April 2009 di Padang Kawad 32 Rejimen Artilari Diraja Kem Terendak

3. Latihan Menembak Senjata M16 pada 30 April 2009 di Lapang Sasar Syed Sirajuddin, Kem Gemas

4. Perkhemahan Tahunan PKBM (Darat) pada 3-8 Mei 2009 di Kem Pengakap Melaka anjuran JPM dan 10 Briged PARA - Johan Keseluruhan, Johan Menembak Senjata M16, Johan Menembak Kategori Jatuh Piring, Tempat Ke-3 Membaca Peta, Tempat Ke-5 Merentas Halangan dan Tempat Ke-9 Kawad

Pasukan Pancaragam

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Festival Wind Orchestra ke XI SBP, KPM pada 16-19 April 2009 di SMS Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan - Pingat Perak, 5 pelajar terpilih menyertai acara selingan Finale Pertandingan Wind Orchestra ke XI di PICC, Putrajaya
2. Persembahan Menara Taming Sari pada 16-17 Mei 2009 sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Menara Taming Sari


Pasukan Pengakap Kota Ke-40

Aktiviti Penggal 1/2009


1. Kursus Memadam Api dan Mencegah Kebakaran pada 21 Mac 2009 di SMK Ayer Keroh anjuran Pasukan Bomba dan Penyelamat disertai oleh 14 peserta mewakili Mozac
2. Kursus Kawad Kaki pada 18 April 2009 di SMK Tinggi St David anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Kota

Friday, June 19, 2009

Persatuan Bulan Sabit Merah

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Kursus Kepimpinan BSMM (Sekolah Menengah) pada 14 dan 28 Mac 2009 di Ibu Pejabat BSMM Melaka disertai oleh 4 orang pemimpin pelajar BSM sekolah

2. Pertandingan Kawad Kaki BSM Peringkat Negeri pada 25 Mac 2009 di Pusat Latihan BSM, Peringgit - Johan

3. Kuiz BSMM pada 14 April 2009 di SK Jalan Dato' Palembang - Johan Saringan

4. Kuiz PBSM peringkat Negeri pada 23 Apr 2009 - Johan

5. Pertandingan Kawad Kaki Formasi PBSM Peringkat Negeri pada 25-26 April 2009 - Johan

6. Hari Unit Kanak-kanak dan Belia pada 23 Mei 2009 - Johan Kuiz dan Johan Sukaneka

7. Kutipan Amal Power of 10 sen sepanjang bulan April-Mei 2009 untuk membantu kanak-kanak Gaza.

Pergerakan Puteri Islam

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Perkhemahan PPIM Zon Perhubungan Negeri Melaka pada 10-13 Mac 2009 di Kem Tan Chay Yan, Bukit Katil - 2 orang puteri Mozac iaitu Nabilah bt Zainuddin dan Alyya Shahirah bt Roszelan terpilih ke Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan

2. Latihan Pusat Perkhemahan pada 8-10 April 2009 di Unit Kokurikulum Lanchang, Merlimau

3. Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Antarabangsa pada 24-30 April 2009 di Pusat Kokurikulum Tangok, Bachok, Kelantan - 1 orang puteri terpilih mewakili Melaka iaitu Nabilah bt Zainuddin.

2. Perkhemahan Zon Melaka Tengah pada 15-16 Mei 2009 di IJC - Pertandingan Mendirikan Khemah : Johan - Kumpulan 6, Naib Johan - Kumpulan 4, Tempat Ketiga - Kumpulan 9

Program Usahawan Muda

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Kursus Kepimpinan ALP PUM Peringkat Negeri pada 17-19 April 2009 di Hotel Straits Meridian

2. Penghasilan Produk Kreatif pada 11 Februari 2009

3. Gotong-royong membersihkan kiosk pada 25 Februari 2009

Aktiviti Penggal 2/2009

1. Konvensyen PUM Peringkat Kebangsaan pada 26-29 Jun 2009 - 2 wakil peserta pertandingan Catur Bestari

Kelab Kompang

Aktiviti Penggal 1/2009

1. Pertandingan Paluan dan Formasi Kompang Karnival Pendidikan Melaka pada 4 April 2009 di MITC - Naib Johan

Thursday, June 18, 2009

Merentas Desa

1. Kejohanan Merentas Desa MSSMNM (7 Feb 2009) - 6 penyertaan, 1 orang pelajar tempat ke-7 (mewakili Negeri ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan )

2. Kejohanan Merentas Desa MSSM (1 Mac 2009) - Penyertaan

Bola Keranjang

1. Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 (P) Petronas/SBP 2009 (7 Feb 2009) 4 penyertaan, 1 kumpulan Tempat Ketiga

2. Perlawanan Persahabatan dengan SMK Pay Fong (19 Feb 2009) Mozac kk SMK Pay Fong 27-36

3. Perlawanan Persahabatan dengan SMK Pay Fong (27 Feb 2009) Mozac kk SMK Pay Fong 26-37

4. Perlawanan Persahabatan L18 dengan SMK Yok Bin (5 Mac 2009) Mozac kk SMK Yok Bin 32-41

5. Perlawanan Persahabatan P18 dengan SMK Yok Bin (5 Mac 2009) Mozac kk SMK Yok Bin 19-62

6. Perlawanan Persahabatan L18 dengan SMK Yok Bin (14 Apr 2009) Mozac kk SMK Yok Bin 28-60

7. Kejohanan Bola Keranjang MSSMNM L18, P18, L15, P15 (20-27 Apr 2009) - Penyertaan

8. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan (L) (2-5 Mei 2009) - Naib Johan

9. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan (P) (2-5 Mei 2009) - Penyertaan

10. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan (L) (29 Mei-2 Jun 2009) - Tempat Keempat

Bola Jaring

1. Kejohanan Bola Jaring MSSMNM P15 Kawasan Ayer Keroh (5-6 Feb 2009) - Penyertaan

2. Kejohanan Bola Jaring MSSMNM P18 Kawasan Ayer Keroh (5-6 Feb 2009) - Johan, 4 pelajar mewakili Kawasan Ayer Keroh ke Kejohanan Peringkat Negeri iaitu Julia Pasrah bt Ariffin, Noorrul Mazeedah bt Ahmad Jamaluddin, Nur Syafiqah bt Mohd Salleh dan Nur Anis Atika bt Zainal Abidin

3. Latihan Pusat bagi Pasukan Bola Jaring Kawasan Ayer Keroh (9-11 Feb 2009)

4. Kejohanan Bola Jaring MSSMNM P18 (12-13 Feb 2009) - Johan, 2 orang pelajar mewakili Negeri ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan iaitu Nur Anis Atika bt Zainal Abidin dan Noorrul Mazeedah bt Ahmad Jamaluddin

5. Latihan Pusat bagi Kejohanan Bola Jaring MSSM (20-22 Feb, 27 Feb-1 Mac 2009)

6. Kejohanan Bola Jaring P18 MSSM (16-21 Mac 2009) - Suku akhir

Catur dan Scrabble

1. Kejohanan Catur MSSMNM B15 dan B18 Daerah Melaka Tengah (4 Feb 2009) - 1 pasukan setiap kategori. 4 pelajar layak ke peringkat negeri iaitu Alia Anin Azwa bt Bakri - Johan, Siti Aisyah bt Mohd Ali - Tempat Ke-3, Thulaja Thessa a/p Vasudevan dan Mohamad Farhan b. Abd Aziz - Tempat Ke-4

2. Klang Open Chess Championship 2009 (7 Feb 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Naib Johan

3. CAS Allegro Suku Pertama (15 Feb2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Johan

4. Kejohanan Catur MSSMNM B15 (17-18 Feb 2009) - 2 penyertaan, 1 orang peserta layak ke Peringkat Kebangsaan iaitu Alia Anin Azwa bt Bakri

5. Kejohanan Catur B15 MSSM (16-20 Mac 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Johan

6. National Age Group U16 (4-5 Apr 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Johan

7. 9th Seremban Parade Chess Championship 2009 (18-19 Apr 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Tampat Ke-9

8. National Women Closed 2009 (30 Mei-3 Jun 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Tempat Ke-3

9. KOSUHEM 2009 (20 Jun 2009) - Alia Anin Azwa bt Bakri - Johan

Bola Sepak

1. Kejohanan Bola Sepak MSSMNM L18 Kawasan Ayer Keroh (7-8 Februari 2009) - Tempat Ketiga

2. Kejohanan Bola Sepak MSSMNM L15 Kawasan Ayer Keroh (7-8 Februari 2009) - Johan

Hoki

1. Perlawanan Persahabatan dengan SMK Ade Putra (28 April 2009) - Pasukan lelaki tewas 2-4, pasukan perempuan tewas 1-2

2. Kejohanan Hoki B16 SBP Zon Selatan (24 Mei 2009) di Padang Hoki UTEM - P16 - Tempat ke-4

Badminton

1. Kejohanan Badminton MSSMNM Kawasan Ayer Keroh (6-8 Feb 2009) - Penyertaan

Ragbi

1. Kejohanan Ragbi MSSMNM (7-8 Feb 2009) - Naib Johan

2. Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan (3-5 Apr 2009)

Sofbol

1. Kejohanan Sofbol MSSMNM L15, L18 (20-24 April 2009) - Penyertaan

2. Kejohanan Sofbol MSSMNM P18 (20-24 April 2009) - Tempat Ketiga