Wednesday, April 14, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah


Seawal jam 7 pagi, semua ahli pasukan rumah sukan telah menyiapkan diri untuk acara Sukan Tahunan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk pasukan-pasukan rumah sukan diiringi pasukan pancaragam sekolah. Semua pasukan telah menunjukkan semangat setiakawan dan berpasukan yang baik dengan tema masing - masing. Acara diteruskan dengan pertandingan sorak rumah. Ternyata anak - anak didik MOZAC berbakat kerana mereka telah menunjukkan sorakan dan formasi menarik. Tahniah kepada guru-guru dan para pelajar, dalam kesibukan dengan pelajaran dan dalam waktu yang singkat, mampu merealisasikan tanggungjawab yang diberikan. Acara-acara sukan seperti 100m,400m,4x100m dan 4x400m mewarnai acara sukan pada tahun ini. Tahniah kepada semua kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Keputusan Sukan Tahunan 2010:

Juara Keseluruhan: Temenggung
Kedua: Syahbandar
Ketiga: Laksamana
Keempat: Bendahara

Juara Perbarisan/Maskot : Bendahara
Juara Sorak Rumah: Temenggung

Saringan dan Raptai Hari Sukan Sekolah

Beberapa acara saringan dan akhir telah diadakan pada hari Selasa (6.4.10) dan Khamis (8.4.10). Para pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang pingat untuk rumah masing - masing. Raptai penuh perbarisan masuk pula telah diadakan pada hari Jumaat(9.4.10). Sementara itu, para pelajar juga sibuk menyiapkan diri untuk acara perbarisan dan sorak rumah. Sepanjang minggu lepas dan minggu ini semua rumah sukan telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menyiapkan pasukan masing-masing menjelang Sukan Sekolah pada hari Sabtu (10.4.10) ini.

Olahraga MSSMNM Kawasan Ayer Keroh

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
MOZAC berjaya membawa pulang 5 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa. Tahniah dan syabas kepada Mohd Salman b. Jafri kerana telah terpilih sebagai Peserta Terbaik B15.

Tuesday, April 6, 2010

HKSBP Zon Selatan 2010


HKSBP Zon Selatan pada tahun ini diadakan pada 12 - 15 Mac 2010 bertempat di Sek. Men. Sains Muar. MOZAC telah menghantar pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pasukan Bola Keranjang Lelaki & Perempuan. Buat pertama kalinya, perbahasan diadakan pada waktu malam. 2 orang pembahas MOZAC iaitu Mohd Azfar Adam dan Thulaja Thesa Vasudevan telah mendapat gelaran pembahas terbaik dalam beberapa perbahasan. Mohd Azfar mendapat gelaran pembahas terbaik di dalam 4 daripada 6 perbahasan manakala Thulaja Thesa menggondol 6 gelaran pembahas terbaik daripada 7 sesi perbahasan .Pasukan bola keranjang memulakan pertandingan pada hari Sabtu.Pasukan bolakeranjang perempuan telah tewas dalam ketiga tiga perlawanan tetapi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pasukan Bolakeranjang lelaki terus menjadi pasukan yang digeruni lawan di Zon Selatan apabila hanya tewas di tangan SDAR pada perlawanan akhir.Pada tahun ini sekali lagi pasukan Bahas Bahasa Inggeris dan pasukan Bola Keranjang Lelaki MOZAC berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan apabila tewas pada perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.